"When another door closed, another door open"... inilah ungkapan terahir yang di ucapkan oleh Dato seri Idris Jala sebelum menamatkan ucapan beliau selepas merasmikan Hari Terbuka Transformasi di Sunway Convenction Centre baru-baru ini.
Saya secara peribadinya amat mengkagumi kebolehan beliau khususnya sewaktu beliau 'menyelamatkan' MAS sekitar tahun 2005. MAS yang sewaktu itu (2005) mengalami kerugian operasi mencecah RM1.7 billion kemudiannya kerugian berkurang kepada RM620 million (2006) dan mula mengaut keuntungan sebanyak RM50 juta (2007) dan seterusnya keuntungan mencecah RM 500 juta pada tahun 2008. Walaupun pada beberapa ketika beberapa keputusannya menjual aset MAS termasuklah Bangunan Ibupejabat MAS di kuala Lumpur dipertikaikan rasionalnya oleh sesetengah pihak. namun begitu hala tuju serta objektif utama untuk transform MAS menjadi syarikat yang profitable ternyata berjaya.
Beliau juga pernah berkhidmat selama 23 tahun bersama SHELL sebelum menjadi Pengarah Urusan MAS. Dan perlantikkannya menjadi CEO untuk Performance Delivery and managment Unit atau PEMANDU yang bertaraf menteri merupakan tindakan bijak Perdana Menteri yang membawa the best people dalam kabinet.
saya dapat menyimpulkan dua analisis tentang beliau selepas mendengar ucapannya:
1. Dato Seri Idris Jala bukanlah well trained ahli politik tetapi seorang "Pelaksana yang cekap (Effecint Manager)' : ucapan beliau yang penuh dengan fakta dan detail dengan langkah pelaksanaan menggambarkan beliau seorang yang fokus kepada bidang tugas beliau.
2. Beliau tidak fasih berbahasa malaysia, beliau akui sendiri semasa memulakan ucapan beliau. Tetapi itu bukanlah masalah yang besar, malah generasi yang fasih berbahasa Inggerislah yang sebenarnya kita perlukan.
Saya juga dapat 'membaca' beberapa prosedur/teknik beliau menyelesaikan masalah termasuk menyelamatkan MAS beberapa tahun dahulu.
i. Menubuhkan satu makmal yang khusus untuk mengenalpasti masalah, cara mengatasi, langah, tempoh pelaksanaan dan seterusnya implementasi;
Ia juga hampir serupa dengan Model instruksi ADDIE (Molenda, 2003; Liu, 2008) yang menekankan lima langkah
A: Analysis
D: Design
D:Development
I: Implementation
E: Evalution
ii. Tenaga kerja untuk makmal tersebut juga adalah terdiri daripada individu yang mempunyai komitment tinggi, snggup berkerja siang dan malam dalam tempoh yang amat terhad untuk mencapai matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Beliau ada menyatakan bahawa NKRA yang di sampaikan ketika hari terbuka itu disediakan dalam tempoh 6 minggu dan hasilnya superb!
Ini adalah kesimpulan umum saya sahaja. Anyhow, Congrats Tan Sri Koh Shu Kun and well Job done Dato Seri..may all the 7000 activities plan in trhe NKRA will be able to:
1. reduce crime
2. Combate corruption
3. Improve education
4. Upgrade low income household
5. Upgrading rural basic infrastructure
6. Upgrading urban public transport
I m here inclose the NKRA (national Key Result area) and NKPI (National Key Performance Indicator)
NKRA NKPI
Reducing crime - Reducing street crime by 20% by 2010
- Additional 1,000 violent crime offenders to be brought to
trial by december 2010
Combating corruption - Ministers no longer to sign 'support letter'
- Disclosure of planned and awarded contracts at
ministries' web portals
Improving education - Ensuring all pupils are able to read, write and count when
they enter Year 4, by 2012
- About 1350 new pre-school classes opened with an estimated
27,000 new students by 2010
Upgrading Low Income household
- To reduce the incidence of poverty from 3.85 to 2.8% by
2010
- 50% increase in home ownership/rental among rakyat with
monthly householh income below RM2,500 by 2012
Upgrading rural basic infrastructure
- Over 7000km of new and upgraded roads, out of which 510km
will be done by 2020
- 360,000 houses to be connected to clear or treated water,
78,760 houses by 2010.
- 50,000 new or restored houses to the poor and hardcore
poor, 16,626 houses by 2010
Upgrading urban public transport
- Increasing the number of public transport users from the
current 16% to 25% by end 2012
- Adding 35 sets of four-car-trains to operate in the Kelana
Jaya LRT track by end 2012
My inspiration keeps me this far...Having all the supportive people around me, I could not ask for more.. Thanks God.
Friday, December 18, 2009
Thursday, November 12, 2009
Thaksin: Hero di Negara Jiran
“Bayangkan la anda tinggal berjiran, salah seorang daripada ahli keluarga anda membuat kesilapan dan perlu bertanggungjawab atas kesilapan tersebut, namun begitu ia enggan bertanggungjawab malah melarikan diri daripada rumah anda dan tinggal di tempat lain. Anda kemudian mengetahui jiran anda telah menjemputnya ke rumah mereka. Anda kemudian memberitahu jiran anda bahawa anda mahukan ahli keluarga anda itu untuk bertanggungjawab atas kesalahannya. Permintaan anda tidak diendahkan malah memberikan kedudukan yang lebih istimewa kepadanya.”
Itulah analoginya yang saya dapat rungkaikan dalam tindakan Hun Sen melantik Thaksin sebagai penasihat ekonomi KEMBOJA. Permohonan pihak Thailand untuk mengekstradisi Thaksin untuk menjalankan hukuman penjara juga enggan dilayan oleh pihak Kemboja. Rentetan daripada ini, beberapa perbincangan serta MoU dengan Kemboja dibatalkan serta-merta oleh pihak Thailand.
Ironinya, saya tidak terbaca pun artikel yang menyatakan bahawa rakyat kemboja mengadakan tunjuk perasaan atas kehadiran Thaksin di negara mereka. Adakah rakyat kemboja juga senang dengan tindakan pemimpin utama negara mereka khususnya perdana menteri, Hun Sen?

Tema oh tema
Perkataan tema juga sinonim dengan beberapa istilah lain seperti motto atau slogan. Ia seringkali merujuk kepada hala tuju perbincangan pada ketika tersebut. Ini telah dibuktikan pencapaiannya oleh beberapa bekas perdana menteri terdahulu iaitu betapa pentingnya tema dalam merangsang minda rakyat. Anda tentu masih ingat dengan " Wawasan 2020", "cemerlang, Gemilang dan Terbilang" dan Perdana menteri kita sekarang menekankan tema " 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Ini menunjukkan betapa signifikannya penggunaan tema.
Penggunaan tema/slogan/motto ini sebenarnya tidak terhad kepada sesebuah kerajaan atau organisasi seperti sekolah, jabatan dsb malah idea ini perlu diterapkan kepada insitusi kecil seperti persatuan malahan keluarga atau dalam kalangan rakan untuk mewujudkan suasana atau keadaan yang "bermatlamat". "Bermatlamat" yang saya maksudkan adalah merujuk kepada fokus yang konsisten dalam kalangan ahli.
Tema oh tema dalam blog saya ini saya creditkan untuk rakan saya yang begitu konsisten dalam menyuarakan tema yang berfokus. Beberapa tema yang pernah beliau utarakan dalam beberapa perkumpulan termasuklah:
It's nice to be home again
Walaupun dalam ayat yang cukup ringkas ia memberikan pengertian yang cukup mendalam. Dan saya harapkan beliau akan dapat terus dapat menghasilkan tema2 yang terus releven dengan keadaan semasa.

Saturday, October 31, 2009
We as a whole
I always remind myself that we have today may be gone tommorow. We cannot hold things perpetually... Save the best for the last!!
That is why I always make the best for every oppourtiny in my life.
to be continue....

Wednesday, October 28, 2009
Dilema politik 1994
Konsisten dalam perjuangan politik adalah merupakan salah satu faktor yang menggambarkan ketulenan perjuangan politik yang diamalkan oleh seseorang individu. Ini merupakan cabaran utama dalam kalangan pemimpin tatkala songokan wang serta jawatan semakin berleluasa. Beberapa pemimpin yang memang mengimpikan habuan sebegini pasti akan mengambil peluang ini tanpa menggunakan akal fikiran serta pertimbangan yang rasional. Sekelip mata rakan menjadi lawan, kawan menjadi musuh.
Tetapi jika lumrah manusia dijadikan ukuran, siapa yang tidak ingin menjadi kaya, siapa yang tidak ingin memegang jawatan tinggi. Cuma bezanya, jalan tersebut diperoleh berdasarkan perjuangan politik yang tulen ataupun mengikut jalan pintas yang mengorbankan persahabatan dengan rakan seperjuangan seumpama dalam bahasa yang sedikit kasar ‘menjilat semula kata-kata yang pernah diluahkan’.
Itulah sebabnya seorang rakan yang pernah berkhidmat dengan seorang bekas wakil rakyat menyatakan bahawa politik sebenarnya adalah sesuatu yang bersih, yang mengotorkannya adalah ahli itu sendiri. Dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau ini.
Dilema politik ini saya simpulkan dalam kemelut politik di Sabah pada tahun 1994.Saya berpendapat saya cukup dewasa untuk menyaksikan kemelut dalam PBS pada tahun 1994 dimana PBS menang 25 kerusi berbanding BN 23. Dan kerajaan PBS hanya dapat betahan selama dua minggu selepas tiga orang wakil rakyat PBS ketika itu menyertai BN. Nama-nama wakil rakyat tersebut amat popular sehingga kini iaitu Datuk Lajim Hj. Okin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik).
Persoalan ini saya lemparkan kembali dalam tangan anda. Berapa harga sebenarnya perjuangan seorang ahli politik? Mengapa kerajaan PAS di kelantan boleh bertahan selama 1 penggal selepas pilihan raya umum ke 11 iaitu dari 2003-2008 dengan hanya majoriti sebanyak 2 kerusi, mengapa pemimpin PBS tidak boleh melakukan perkara yang sama.. Tabik dada, Tanya selera… Rambut sama hitam, hati lain-lain

Sunday, October 25, 2009
Thailand
1. Melihat kepada ketegangan politik yang berlaku di Thailand, sehinggakan menjejaskan industri utama negara tersebut iaitu pelancongan mungkin sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada negara jiran khususnya negara kita sendiri. Pelancong mungkin melihat alternatif. Ini bukan la dikatakan mengambil kesempatan dalam kesempitan tetapi lebih kepada membantu rakan dan rantau Asia khususnya daripada kehilangan pelancong.
2. Jika dilihat daripada faktor penduduk, Thailand mempunyai penduduk seramai 63 juta orang berbanding Malaysia yang hanya mempunyai 25 juta orang penduduk. Hampir 3 kali ganda daripada penduduk Malaysia dengan keluasan negara juga hampir 3 kali ganda keluasan Malaysia.
3. Golongan pro thaksin (Red shirt) dan golongan anti-thaksin (yellow shirt) sering kali membanjiri bandar raya bangkok yang melibatkan ribuan penyokong. Kerap kali menjadikan thailand popular sebagai muka depan dalam berita luar negara. Seorang rakan saya menceritakan kepada saya bagaimana dia terkandas di lapangan terbang di Thailand ketika rusuhan yellow shirt yang ‘menawan’ lapangan terbang hingga mendesak perdana menteri ketika itu meletak jawatan. Beliau menyatakan bahawa penyokong-penyokong ini merusuh secara aman. Tidak ada kemudahan dalam lapangan terbang yang dirosakkan malah mereka cuma melumpuhkan operasi lapangan terbang tersebut. Rakan saya ini juga sempat berkenalan dengan beberapa penyokong ini yang sebenarnya amat peramah.
4. Bayangkan rusuhan seperti ini yang berlaku di Malaysia, seperti beberapa perarakan yang berlaku beberapa ketika dahulu, ratusan ribu ringgit melayang....
5. Saya tidak ingin menunding jari kepada pihak mana yang bersalah tetapi perlu difikirkan bahawa aktv. Seperti ini sebenarnya amat merugikan negara. Perdana Menteri, DS Najib juga pernah menyatakan akt seperti ini adalah senario yang tidak baik untuk ekonomi negara.
6. Ini jelas dibuktikan oleh FDI (Foreign Direct Investment) untuk suku ke tiga tahun ini hanya RM 3.4 billion berbanding suku pertama tahun lepas RM14.2 billion.
7. Konsep 1Malaysia merupakan pendekatan yang amat releven dalam suasana masa kini. Seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Politik untuk semua
Lebih ramai golongan muda dan profesional khususnya dalam kalangan masyarakat KDM dan bumiputera sabah harus diajak untuk menyertai beberapa platform politik kerana ini dibuktikan oleh beberapa parti politik di semenanjung yang dianggotai oleh ramai anggota profesional menjadikannya terus relevan dan yang paling penting perjuangannya menepati kehendak terkini. Menyertai parti politik ini tidak bermakna akan menjadi calon atau mendapat habuan politik tetapi golongan ini dapat menyuarakan suara-suara rakyat dan keperluan serta berjuang untuk kepentingan kita khususnya di negeri sabah ini.
Terdapat parti politik yang boleh dijadikan platform perjuangan oleh masyarakat KDM di Sabah. Jika anda adalah pro-kerajaan parti PBS, UPKO, PBRS boleh anda pertimbangkan tatapi jika anda pro-pembangkang parti2 seperti keadilan, SAPP, PAS, DAP mungkin menjadi pilihan anda.
Walaupun saya menjadi penyokong PBS (Parti Bersatu Sabah) untuk sekian lama, saya berpendapat parti ini perlu menjalani beberapa proses perubahan untuk kekal relevan dengan perjuangan kini. Hakikatnya, perjuangan 20 tahun lepas tidak sama dengan perjuangan abad ke-20. Perubahan yang saya maksudkan dari segi kepimpinan dan matlamat parti. Saya akui Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Ini jelas kerana dalam kawasan yang majoritinya adalah KDM dan ditandingi oleh parti ini tidak pernah tewas. Ini termasuklah di kawasan saya sendiri Tamparuli.
Kongress PBS baru-baru ini yang juga kekal dengan keputusan kongress beberapa tahun terdahulu, DSP Pairin menang tanpa bertanding. Saya akur dengan keputusan ini kerana ia adalah kehendak perwakilan, malah perwakilan juga mungkin lebih bijak menilai berbanding saya. Maximus dan Yee moh chai kekal timbalan presiden bagi kuota KDM dan Cina tetapi bagi kuota bumiputera islam beberapa individu seperti jahid jahim dan beberapa individu lain layak untuk bertanding kerana pencalonan yang mencukupi daripada perwakilan untuk mencabar AK Alauddin. Jahid yang juga memegang jawatan ketua pemuda juga mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mengekalkan kedudukannya. Bergantung pada keputusan beliau untuk bertanding jawatan yang mana satu. Saya berharap Datuk Jahid akan membuat keputusan yang tepat kerana beliau adalah antara pemimpin pelapis yang berkebolehan.
Harapan saya adalah DSP Pairin akan dapat merancang succession plan untuk kepimpinan beliau kelak. Melihat kepada beberapa senario khususnya yang melibatkan Presiden MIC yang kalah dalam pilihan raya, adalah amat menyedihkan melihat senario ini dalam kalangan KDM. Ini jelas menunjukkan walau ahli parti menyokong anda, rakyat mungkin menolak anda. Mesej ini juga saya cadangkan untuk PBRS.
Majlis tertinggi parti juga perlu membuat perubahan dalam senarai calon untuk setiap kawasan. Elakkan seorang individu untuk bertanding dua kawasan iaitu adun dan parlimen. PBS adalah satu-satunya parti dalam BN yang ahlinya memegang status ahli Parlimen dan DUN pada masa yang sama. Amalan ini perlu di ubah dalam PRU-13 untuk memberi peluang kepada individu lain untuk berkhidmat.
Akhir sekali, kritikan yang membina adalah kritikan yang menjadikan kita semakin kukuh. Fikir-fikirkan la......

Subscribe to:
Posts (Atom)