Sunday, October 25, 2009

Politik untuk semua

Lebih ramai golongan muda dan profesional khususnya dalam kalangan masyarakat KDM dan bumiputera sabah harus diajak untuk menyertai beberapa platform politik kerana ini dibuktikan oleh beberapa parti politik di semenanjung yang dianggotai oleh ramai anggota profesional menjadikannya terus relevan dan yang paling penting perjuangannya menepati kehendak terkini. Menyertai parti politik ini tidak bermakna akan menjadi calon atau mendapat habuan politik tetapi golongan ini dapat menyuarakan suara-suara rakyat dan keperluan serta berjuang untuk kepentingan kita khususnya di negeri sabah ini.

Terdapat parti politik yang boleh dijadikan platform perjuangan oleh masyarakat KDM di Sabah. Jika anda adalah pro-kerajaan parti PBS, UPKO, PBRS boleh anda pertimbangkan tatapi jika anda pro-pembangkang parti2 seperti keadilan, SAPP, PAS, DAP mungkin menjadi pilihan anda.

Walaupun saya menjadi penyokong PBS (Parti Bersatu Sabah) untuk sekian lama, saya berpendapat parti ini perlu menjalani beberapa proses perubahan untuk kekal relevan dengan perjuangan kini. Hakikatnya, perjuangan 20 tahun lepas tidak sama dengan perjuangan abad ke-20. Perubahan yang saya maksudkan dari segi kepimpinan dan matlamat parti. Saya akui Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Ini jelas kerana dalam kawasan yang majoritinya adalah KDM dan ditandingi oleh parti ini tidak pernah tewas. Ini termasuklah di kawasan saya sendiri Tamparuli.

Kongress PBS baru-baru ini yang juga kekal dengan keputusan kongress beberapa tahun terdahulu, DSP Pairin menang tanpa bertanding. Saya akur dengan keputusan ini kerana ia adalah kehendak perwakilan, malah perwakilan juga mungkin lebih bijak menilai berbanding saya. Maximus dan Yee moh chai kekal timbalan presiden bagi kuota KDM dan Cina tetapi bagi kuota bumiputera islam beberapa individu seperti jahid jahim dan beberapa individu lain layak untuk bertanding kerana pencalonan yang mencukupi daripada perwakilan untuk mencabar AK Alauddin. Jahid yang juga memegang jawatan ketua pemuda juga mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mengekalkan kedudukannya. Bergantung pada keputusan beliau untuk bertanding jawatan yang mana satu. Saya berharap Datuk Jahid akan membuat keputusan yang tepat kerana beliau adalah antara pemimpin pelapis yang berkebolehan.

Harapan saya adalah DSP Pairin akan dapat merancang succession plan untuk kepimpinan beliau kelak. Melihat kepada beberapa senario khususnya yang melibatkan Presiden MIC yang kalah dalam pilihan raya, adalah amat menyedihkan melihat senario ini dalam kalangan KDM. Ini jelas menunjukkan walau ahli parti menyokong anda, rakyat mungkin menolak anda. Mesej ini juga saya cadangkan untuk PBRS.

Majlis tertinggi parti juga perlu membuat perubahan dalam senarai calon untuk setiap kawasan. Elakkan seorang individu untuk bertanding dua kawasan iaitu adun dan parlimen. PBS adalah satu-satunya parti dalam BN yang ahlinya memegang status ahli Parlimen dan DUN pada masa yang sama. Amalan ini perlu di ubah dalam PRU-13 untuk memberi peluang kepada individu lain untuk berkhidmat.
Akhir sekali, kritikan yang membina adalah kritikan yang menjadikan kita semakin kukuh. Fikir-fikirkan la......

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?