Pengeboman oleh kumpulan militan terhadap dua hotel bertaraf 6 bintang di Jakarta, Indonesia merupakan satu lagi siri keganasan oleh golongan radikal di Asia khususnya. 9 orang terkorban yang kesemuanya adalah warga asing dan tidak termasuk seorang pengganas yang meletupkan dirinya sendiri dan menjadikan keseluruhan yang terbunuh adalah 10 orang. Hampir kesemua yang terkorban adalah pegawai –pegawai atasan firma asing di Indonesia dan salah seorang warga New Zealand yang terkorban adalah CEO kepada sebuah firma. Daripada berita TV3 yang saya tonton, pengganas ini telah merancang pengeboman ini dengan amat teliti, waktu, masa dan tempat serta sasaran yang dipilih amat tepat, ini jelas kerana tidak ada seorang pun warga Indonesia yang terkorban, daripada sumber berita lain yang saya peroleh, pengeboman ini berlaku serentak dengan mesyuarat CEO Firma2 asing yang kebetulannya berlaku di J.W Marriot. Saya amat bersimpati dengan keluarga mereka yang terkorban. May God Bless them...
Apa yang amat mengejutkan saya lagi, bahawa lokasi pengeboman adalah sama dengan apa yang berlaku 7 tahun lepas di hotel yang sama, Cuma bezanya kali ini 2 hotel menjadi sasaran.
Berita hari ini yang saya baca menyatakan pihak Indonesia percaya pengeboman tersebut di dalangi oleh Jemaah Islamiah (JI) kerana modus operandi yang sama. Dan didalangi oleh Noordin Mat Top seorang warga negara Malaysia dan dipercayai sedang bersembunyi di Malaysia namun begitu Menteri dalam negeri , Datuk seri Hishamudin menyangkal dakwaan tersebut yang menyatakan bahawa Noordin Mat Top tidak berada di Malaysia berdasarkan risikan maklumat yang diperolehnya.
Apa sebenarnya Jemaah Islamiah? Apakah Matlamat pertubuhan ini?
Daripada sumber wikipedia yang saya perolehi;
Jemaah Islamiah adalah sebuah kumpulan pengganas, disyaki membunuh ratusan orang tidak bersalah, berdedikasi untuk mendirikan sebuah Negara Islam raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.
Strategi mereka ialah dengan tindakan kekerasan dengan menyasarkan kepentingan Barat yang terdapat di rantau ini.
Jamaah Islamiyah disyakki terlibat di dalam Pengeboman Bali pada 12 Oktober, 2002 yang mengorbankan 202 orang di beberapa buah kelab malam di sana. Selepas serangan tersebut, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengklasifikasikan Jamaah Islamiyah sebagai sebuah Organisasi Pengganas Antarabangsa atau Foreign Terrorist Organization. Jemaah ini juga dituduh melancarkan beberapa serangan di Asia Tenggara seperti letupan bom di Zamboanga dan Metro Manila, di Filipina dan yang paling baru letupan di kedutaan Indonesia pada 2004.
No comments:
Post a Comment