Wednesday, October 28, 2009

Dilema politik 1994

Konsisten dalam perjuangan politik adalah merupakan salah satu faktor yang menggambarkan ketulenan perjuangan politik yang diamalkan oleh seseorang individu. Ini merupakan cabaran utama dalam kalangan pemimpin tatkala songokan wang serta jawatan semakin berleluasa. Beberapa pemimpin yang memang mengimpikan habuan sebegini pasti akan mengambil peluang ini tanpa menggunakan akal fikiran serta pertimbangan yang rasional. Sekelip mata rakan menjadi lawan, kawan menjadi musuh.

Tetapi jika lumrah manusia dijadikan ukuran, siapa yang tidak ingin menjadi kaya, siapa yang tidak ingin memegang jawatan tinggi. Cuma bezanya, jalan tersebut diperoleh berdasarkan perjuangan politik yang tulen ataupun mengikut jalan pintas yang mengorbankan persahabatan dengan rakan seperjuangan seumpama dalam bahasa yang sedikit kasar ‘menjilat semula kata-kata yang pernah diluahkan’.

Itulah sebabnya seorang rakan yang pernah berkhidmat dengan seorang bekas wakil rakyat menyatakan bahawa politik sebenarnya adalah sesuatu yang bersih, yang mengotorkannya adalah ahli itu sendiri. Dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau ini.

Dilema politik ini saya simpulkan dalam kemelut politik di Sabah pada tahun 1994.Saya berpendapat saya cukup dewasa untuk menyaksikan kemelut dalam PBS pada tahun 1994 dimana PBS menang 25 kerusi berbanding BN 23. Dan kerajaan PBS hanya dapat betahan selama dua minggu selepas tiga orang wakil rakyat PBS ketika itu menyertai BN. Nama-nama wakil rakyat tersebut amat popular sehingga kini iaitu Datuk Lajim Hj. Okin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik).

Persoalan ini saya lemparkan kembali dalam tangan anda. Berapa harga sebenarnya perjuangan seorang ahli politik? Mengapa kerajaan PAS di kelantan boleh bertahan selama 1 penggal selepas pilihan raya umum ke 11 iaitu dari 2003-2008 dengan hanya majoriti sebanyak 2 kerusi, mengapa pemimpin PBS tidak boleh melakukan perkara yang sama.. Tabik dada, Tanya selera… Rambut sama hitam, hati lain-lain

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?