Perkataan tema juga sinonim dengan beberapa istilah lain seperti motto atau slogan. Ia seringkali merujuk kepada hala tuju perbincangan pada ketika tersebut. Ini telah dibuktikan pencapaiannya oleh beberapa bekas perdana menteri terdahulu iaitu betapa pentingnya tema dalam merangsang minda rakyat. Anda tentu masih ingat dengan " Wawasan 2020", "cemerlang, Gemilang dan Terbilang" dan Perdana menteri kita sekarang menekankan tema " 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Ini menunjukkan betapa signifikannya penggunaan tema.
Penggunaan tema/slogan/motto ini sebenarnya tidak terhad kepada sesebuah kerajaan atau organisasi seperti sekolah, jabatan dsb malah idea ini perlu diterapkan kepada insitusi kecil seperti persatuan malahan keluarga atau dalam kalangan rakan untuk mewujudkan suasana atau keadaan yang "bermatlamat". "Bermatlamat" yang saya maksudkan adalah merujuk kepada fokus yang konsisten dalam kalangan ahli.
Tema oh tema dalam blog saya ini saya creditkan untuk rakan saya yang begitu konsisten dalam menyuarakan tema yang berfokus. Beberapa tema yang pernah beliau utarakan dalam beberapa perkumpulan termasuklah:
It's nice to be home again
Walaupun dalam ayat yang cukup ringkas ia memberikan pengertian yang cukup mendalam. Dan saya harapkan beliau akan dapat terus dapat menghasilkan tema2 yang terus releven dengan keadaan semasa.
No comments:
Post a Comment