Tuesday, May 19, 2009

Kadazan Dusun Murut (KDM) KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS

Atas rasa tanggungjawab serta keprihatinan sebagai seorang warga negeri Sabah dan seorang warga KDM (Kadazan Dusun Murut) adalah amat menyedihkan apabila melihat senario politik dalam kalangan parti-parti KDM khususnya PBS, UPKO dan PBRS. Isu yang kita hadapi sebenarnya adalah kekurangan pemimpin pelapis. Ini dapat dilihat dalam calon-calon yang di senaraikan oleh parti masing-masing untuk bertanding dalam pilihan raya ke-12 adalah muka-muka lama. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tetapi dalam minda ahli-ahli politik KDM ini, tenaga serta pengalaman dan segala-galanya pada mereka akan kekal selama lamanya.

Tetapi sebenarnya mereka lupa bahawa mereka berpijak di bumi nyata. Mereka lupa kepada tanggungjawab mereka masyarakat KDM khususnya untuk kepada generasi muda yang perlu di beri peluang untuk menimba pengalaman untuk menjadi pemimpin suatu hari kelak. Keputusan pilihan raya baru-baru ini saya terima dengan rasa puas hati bercampur sedih. Saya berpuas hati kerana calon dari pada parti KDM semuanya menang dalam kawasan masing-masing. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Siringan Gubat, Tan Sri Joseph Kurup dan pemimpin KDM lain. Tetapi cuba kita fikirkan kembali berapa ramai sajakah antara pemimpin KDM ini adalah muka baru? Kesemua ini adalah nama-nama besar dalam arena politik semasa saya di sekolah rendah lagi......

Saya sering kali cuba meyakinkan diri saya bahawa khidmat mereka masih relevan tapi persoalan lain yang timbul adalah adakah mereka ini hanya boleh memberi khidmat hanya dalam kapasiti sebagai ahli DUN atau ahli Parlimen,..cukup la menjadi ahli dalam 4 penggal, sekurang-kurangnya anda telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat kita. Berilah pula kepada generasi baru untuk memperjuangkan misi serta visi KDM...


Dalam konteks ini, saya lebih suka memfokuskan pemimpin pelapis sebagai seorang yang berkelayakan dari segi akademik, seorang yang professional dan sekurang-kurangnya masih berada berumur dalam lingkungan akhir-30an dan awal 40an. Terus terang saya katakan, dalam kawasan parlimen saya sendiri pemimpin senior seperti Datuk Wilfred Bumburing seharusnya tidak bertanding pada piliharaya umum yang lepas, beliau seharusnya membuka laluan baru kepada muka baru. Beliau sendiri pernah berkata (dirujuk daripada akhbar Daily Express, t.t) bahawa beliau sendiri tidak setanding dengan Datuk Wilfred Madius Tangau dari segi akademik dan visi beliau jadi mengapa beliau menggantikan Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai calon di kawasan parlimen Tuaran. Adakah beliau mempertaruhkan jawatannya sebagai timbalan presiden dalam UPKO sebagai tiket untuk terus bertanding...

Saya tidak berminat untuk mengulas peribadi seseorang ahli politik namun begitu, saya adalah amat bertentangan dengan ahli politik yang menggunakan kedudukannya sebagai tiket untuk mengumpul kekayaan serta memperjudikan aset negeri/ masyarakat. Ahli politik yang jelas menyalahgunakan kedudukannya adalah Datuk Osu sukam (bekas ketua menteri Sabah) yang berhutang judi RM 7.1 Juta dengan Ritz hotel di London. Walaupun beberapa khabar angin menyatakan beliau hanyalah ‘scapegoat’ (kambing hitam) yang dipersalahkan, walhal beberapa ahli politik yang memegang jawatan besar turut terlibat.

Oleh itu sesuatu yang perlu difikirkan oleh pemimpim-pemimpin KDM yang senior... enough is enough... how long is enough??? Anda masih boleh menyumbang kepada masyarakat dalam kapasiti serta platform yang lain.. Berilah peluang kepada pemimpin-pemimpin muda KDM untuk terus memperjuangkan hak kita... Dan jika saya diberi pilihan untuk memilih, saya sanggup memilih pembangkang daripada memilih pemimpin-pemimpin senoir KDM ini.

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?