Friday, May 15, 2009

Happy Teachers Day

Sepanjang melanjutkan pelajaran d UMS sejak disember 2006, telah 3 kali saya di lantik sebagai penyelia praktikum kepada pelajar-pelajar tahun akhir UMS yang akan menjalankan latihan mengajar di sekolah menengah. Walaupun saya hanya mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun, saya cuba untuk menjalankan tugas yang diberikan ini dengan sebaik mungkin untuk membantu guru-guru pelatih ini untuk menjadi guru yang terbaik. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada saya.

Kami sebenarnya telah diberikan satu guidelines untuk asses guru pelatih tetapi bagi saya aspek persediaan seseorang guru sebelum mengajar adalah amat penting. Seperti kata pepatah if you fail to plan, you plan to fail . Semasa menyelia guru pelatih di sebuah sekolah menengah di daerah Kota marudu tahun lepas 2008, Saya pernah menegur seorang guru pelatih yang membuat persediaan mengajar dengan tidak terperinci dan ala kadar sahaja, dan kebetulannya, pelajar ini pula adalah pelatih perempuan.... saya menyatakan kepada pelatih ini bahawa saya tidak dapat menyelia kerana RPH yang disediakan terlalu ringkas dan tidak menyatakan dengan terperinci fasa-fasa dalam pengajarannya... Pelatih tersebut tergamam dan meminta di selia pada keesokkan harinya, saya bersetuju dan saya terpaksa tinggal satu malam lagi di kota marudu, dan keesokan harinya, persediaan pengajaran yang di lakukannya adalah baik kerana pelatih ini telah memperincikan RPHnya dan telah menjalankan aktivti yang menarik untuk menarik minat pelajar. Dan amat mengejutkan, pada penyeliaan seterusnya, pelatih ini telah dapat merancang aktiviti PnP dengan lebih terancang.

Secara kebiasaanya, pada penyeliaan terakhir saya kepada guru pelatih, saya akan memberi mereka galakan supaya terus mencari ilmu antara komen saya yang sya catatkan dalam buku rekod mereka adalah:

1. Teruskan membaca
2. Hadiri kursus serta seminar untuk meningkatkan ilmu serta meluaskan jaringan kenalan
3. Enrol yourself to part-time master courses - Todays investment fot tommorow yeilds
4. Always be humble
5. Be a commited teacher

As for me, SMK Pinawantai always in my heart. My- Ex friends in Smk Pinawantai Happy Teachers Day

Remember......
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa

SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?