Saturday, October 31, 2009

We as a whole

I always remind myself that we have today may be gone tommorow. We cannot hold things perpetually... Save the best for the last!!

That is why I always make the best for every oppourtiny in my life.

to be continue....

Wednesday, October 28, 2009

Dilema politik 1994

Konsisten dalam perjuangan politik adalah merupakan salah satu faktor yang menggambarkan ketulenan perjuangan politik yang diamalkan oleh seseorang individu. Ini merupakan cabaran utama dalam kalangan pemimpin tatkala songokan wang serta jawatan semakin berleluasa. Beberapa pemimpin yang memang mengimpikan habuan sebegini pasti akan mengambil peluang ini tanpa menggunakan akal fikiran serta pertimbangan yang rasional. Sekelip mata rakan menjadi lawan, kawan menjadi musuh.

Tetapi jika lumrah manusia dijadikan ukuran, siapa yang tidak ingin menjadi kaya, siapa yang tidak ingin memegang jawatan tinggi. Cuma bezanya, jalan tersebut diperoleh berdasarkan perjuangan politik yang tulen ataupun mengikut jalan pintas yang mengorbankan persahabatan dengan rakan seperjuangan seumpama dalam bahasa yang sedikit kasar ‘menjilat semula kata-kata yang pernah diluahkan’.

Itulah sebabnya seorang rakan yang pernah berkhidmat dengan seorang bekas wakil rakyat menyatakan bahawa politik sebenarnya adalah sesuatu yang bersih, yang mengotorkannya adalah ahli itu sendiri. Dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau ini.

Dilema politik ini saya simpulkan dalam kemelut politik di Sabah pada tahun 1994.Saya berpendapat saya cukup dewasa untuk menyaksikan kemelut dalam PBS pada tahun 1994 dimana PBS menang 25 kerusi berbanding BN 23. Dan kerajaan PBS hanya dapat betahan selama dua minggu selepas tiga orang wakil rakyat PBS ketika itu menyertai BN. Nama-nama wakil rakyat tersebut amat popular sehingga kini iaitu Datuk Lajim Hj. Okin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik).

Persoalan ini saya lemparkan kembali dalam tangan anda. Berapa harga sebenarnya perjuangan seorang ahli politik? Mengapa kerajaan PAS di kelantan boleh bertahan selama 1 penggal selepas pilihan raya umum ke 11 iaitu dari 2003-2008 dengan hanya majoriti sebanyak 2 kerusi, mengapa pemimpin PBS tidak boleh melakukan perkara yang sama.. Tabik dada, Tanya selera… Rambut sama hitam, hati lain-lain

Sunday, October 25, 2009

Thailand

1. Melihat kepada ketegangan politik yang berlaku di Thailand, sehinggakan menjejaskan industri utama negara tersebut iaitu pelancongan mungkin sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada negara jiran khususnya negara kita sendiri. Pelancong mungkin melihat alternatif. Ini bukan la dikatakan mengambil kesempatan dalam kesempitan tetapi lebih kepada membantu rakan dan rantau Asia khususnya daripada kehilangan pelancong.
2. Jika dilihat daripada faktor penduduk, Thailand mempunyai penduduk seramai 63 juta orang berbanding Malaysia yang hanya mempunyai 25 juta orang penduduk. Hampir 3 kali ganda daripada penduduk Malaysia dengan keluasan negara juga hampir 3 kali ganda keluasan Malaysia.
3. Golongan pro thaksin (Red shirt) dan golongan anti-thaksin (yellow shirt) sering kali membanjiri bandar raya bangkok yang melibatkan ribuan penyokong. Kerap kali menjadikan thailand popular sebagai muka depan dalam berita luar negara. Seorang rakan saya menceritakan kepada saya bagaimana dia terkandas di lapangan terbang di Thailand ketika rusuhan yellow shirt yang ‘menawan’ lapangan terbang hingga mendesak perdana menteri ketika itu meletak jawatan. Beliau menyatakan bahawa penyokong-penyokong ini merusuh secara aman. Tidak ada kemudahan dalam lapangan terbang yang dirosakkan malah mereka cuma melumpuhkan operasi lapangan terbang tersebut. Rakan saya ini juga sempat berkenalan dengan beberapa penyokong ini yang sebenarnya amat peramah.
4. Bayangkan rusuhan seperti ini yang berlaku di Malaysia, seperti beberapa perarakan yang berlaku beberapa ketika dahulu, ratusan ribu ringgit melayang....
5. Saya tidak ingin menunding jari kepada pihak mana yang bersalah tetapi perlu difikirkan bahawa aktv. Seperti ini sebenarnya amat merugikan negara. Perdana Menteri, DS Najib juga pernah menyatakan akt seperti ini adalah senario yang tidak baik untuk ekonomi negara.
6. Ini jelas dibuktikan oleh FDI (Foreign Direct Investment) untuk suku ke tiga tahun ini hanya RM 3.4 billion berbanding suku pertama tahun lepas RM14.2 billion.
7. Konsep 1Malaysia merupakan pendekatan yang amat releven dalam suasana masa kini. Seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Politik untuk semua

Lebih ramai golongan muda dan profesional khususnya dalam kalangan masyarakat KDM dan bumiputera sabah harus diajak untuk menyertai beberapa platform politik kerana ini dibuktikan oleh beberapa parti politik di semenanjung yang dianggotai oleh ramai anggota profesional menjadikannya terus relevan dan yang paling penting perjuangannya menepati kehendak terkini. Menyertai parti politik ini tidak bermakna akan menjadi calon atau mendapat habuan politik tetapi golongan ini dapat menyuarakan suara-suara rakyat dan keperluan serta berjuang untuk kepentingan kita khususnya di negeri sabah ini.

Terdapat parti politik yang boleh dijadikan platform perjuangan oleh masyarakat KDM di Sabah. Jika anda adalah pro-kerajaan parti PBS, UPKO, PBRS boleh anda pertimbangkan tatapi jika anda pro-pembangkang parti2 seperti keadilan, SAPP, PAS, DAP mungkin menjadi pilihan anda.

Walaupun saya menjadi penyokong PBS (Parti Bersatu Sabah) untuk sekian lama, saya berpendapat parti ini perlu menjalani beberapa proses perubahan untuk kekal relevan dengan perjuangan kini. Hakikatnya, perjuangan 20 tahun lepas tidak sama dengan perjuangan abad ke-20. Perubahan yang saya maksudkan dari segi kepimpinan dan matlamat parti. Saya akui Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Ini jelas kerana dalam kawasan yang majoritinya adalah KDM dan ditandingi oleh parti ini tidak pernah tewas. Ini termasuklah di kawasan saya sendiri Tamparuli.

Kongress PBS baru-baru ini yang juga kekal dengan keputusan kongress beberapa tahun terdahulu, DSP Pairin menang tanpa bertanding. Saya akur dengan keputusan ini kerana ia adalah kehendak perwakilan, malah perwakilan juga mungkin lebih bijak menilai berbanding saya. Maximus dan Yee moh chai kekal timbalan presiden bagi kuota KDM dan Cina tetapi bagi kuota bumiputera islam beberapa individu seperti jahid jahim dan beberapa individu lain layak untuk bertanding kerana pencalonan yang mencukupi daripada perwakilan untuk mencabar AK Alauddin. Jahid yang juga memegang jawatan ketua pemuda juga mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mengekalkan kedudukannya. Bergantung pada keputusan beliau untuk bertanding jawatan yang mana satu. Saya berharap Datuk Jahid akan membuat keputusan yang tepat kerana beliau adalah antara pemimpin pelapis yang berkebolehan.

Harapan saya adalah DSP Pairin akan dapat merancang succession plan untuk kepimpinan beliau kelak. Melihat kepada beberapa senario khususnya yang melibatkan Presiden MIC yang kalah dalam pilihan raya, adalah amat menyedihkan melihat senario ini dalam kalangan KDM. Ini jelas menunjukkan walau ahli parti menyokong anda, rakyat mungkin menolak anda. Mesej ini juga saya cadangkan untuk PBRS.

Majlis tertinggi parti juga perlu membuat perubahan dalam senarai calon untuk setiap kawasan. Elakkan seorang individu untuk bertanding dua kawasan iaitu adun dan parlimen. PBS adalah satu-satunya parti dalam BN yang ahlinya memegang status ahli Parlimen dan DUN pada masa yang sama. Amalan ini perlu di ubah dalam PRU-13 untuk memberi peluang kepada individu lain untuk berkhidmat.
Akhir sekali, kritikan yang membina adalah kritikan yang menjadikan kita semakin kukuh. Fikir-fikirkan la......

Tuesday, July 21, 2009

Pengeboman di JW Marriot dan Ritz Carlton Hotel

Pengeboman oleh kumpulan militan terhadap dua hotel bertaraf 6 bintang di Jakarta, Indonesia merupakan satu lagi siri keganasan oleh golongan radikal di Asia khususnya. 9 orang terkorban yang kesemuanya adalah warga asing dan tidak termasuk seorang pengganas yang meletupkan dirinya sendiri dan menjadikan keseluruhan yang terbunuh adalah 10 orang. Hampir kesemua yang terkorban adalah pegawai –pegawai atasan firma asing di Indonesia dan salah seorang warga New Zealand yang terkorban adalah CEO kepada sebuah firma. Daripada berita TV3 yang saya tonton, pengganas ini telah merancang pengeboman ini dengan amat teliti, waktu, masa dan tempat serta sasaran yang dipilih amat tepat, ini jelas kerana tidak ada seorang pun warga Indonesia yang terkorban, daripada sumber berita lain yang saya peroleh, pengeboman ini berlaku serentak dengan mesyuarat CEO Firma2 asing yang kebetulannya berlaku di J.W Marriot. Saya amat bersimpati dengan keluarga mereka yang terkorban. May God Bless them...

Apa yang amat mengejutkan saya lagi, bahawa lokasi pengeboman adalah sama dengan apa yang berlaku 7 tahun lepas di hotel yang sama, Cuma bezanya kali ini 2 hotel menjadi sasaran.

Berita hari ini yang saya baca menyatakan pihak Indonesia percaya pengeboman tersebut di dalangi oleh Jemaah Islamiah (JI) kerana modus operandi yang sama. Dan didalangi oleh Noordin Mat Top seorang warga negara Malaysia dan dipercayai sedang bersembunyi di Malaysia namun begitu Menteri dalam negeri , Datuk seri Hishamudin menyangkal dakwaan tersebut yang menyatakan bahawa Noordin Mat Top tidak berada di Malaysia berdasarkan risikan maklumat yang diperolehnya.

Apa sebenarnya Jemaah Islamiah? Apakah Matlamat pertubuhan ini?

Daripada sumber wikipedia yang saya perolehi;
Jemaah Islamiah adalah sebuah kumpulan pengganas, disyaki membunuh ratusan orang tidak bersalah, berdedikasi untuk mendirikan sebuah Negara Islam raya di Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.
Strategi mereka ialah dengan tindakan kekerasan dengan menyasarkan kepentingan Barat yang terdapat di rantau ini.
Jamaah Islamiyah disyakki terlibat di dalam Pengeboman Bali pada 12 Oktober, 2002 yang mengorbankan 202 orang di beberapa buah kelab malam di sana. Selepas serangan tersebut, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengklasifikasikan Jamaah Islamiyah sebagai sebuah Organisasi Pengganas Antarabangsa atau Foreign Terrorist Organization. Jemaah ini juga dituduh melancarkan beberapa serangan di Asia Tenggara seperti letupan bom di Zamboanga dan Metro Manila, di Filipina dan yang paling baru letupan di kedutaan Indonesia pada 2004.

Saturday, July 11, 2009

Kudat: Dulu dan Sekarang

Saya telah berkesempatan ke kudat beberapa minggu untuk menyelia 10 orang pelajar praktikum UMS di 5 buah sekolah menengah di daerah Kudat iaitu, SMK Teknik (3 org), SMK Kudat (2 orang), SMK Kudat II (1 org), SMK Lok Yuk (3 org) dan SMK Abdul Rahim II (1 org). Saya sebenarnya teruja untuk berkunjung ke kudat kerana sudah hampir 3 tahun saya tidak ke Kudat iaitu setelah saya melanjutkan pelajaran d UMS.Apa yang menakjubkan saya, kudat adalah antara daerah di Sabah yang mempunyai begitu banyak sekolah menengah... berbanding mana2 mana daerah di Sabah.... Bayangkan 10 buah sekolah menengah... belum termasuk Sek Swasta, Pei Tsin menjadikan keseluruhannya 11. Saya kemudian teringat, di manakah suda janji kerajaan untuk membina sekolah menengah di Pekan Nabalu????? Janji tinggal Janji

Apa yang jelas saya perhatikan, beberapa kerosakan jalanraya yang saya nampak sewaktu 6 tahun lepas masih belum di baiki, khususnya di ulu kukut serta d kampung Mangaris. Saya tertanya kepada diri saya sendiri, mengapa jalan utama ke kudat, kota marudu, pitas ini tidak di ambil perhatian sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Mengapa tidak ada tindakan selepas masalah ini telah berlarutan lebih 6 tahun. Beberapa pihak menyatakan bahawa jalan-jalan tersebut sememangnya tidak boleh dibaiki kerana terdapat pergerakan bawah tanah yang akan menyebabkan jalan tersebut rosak selepas beberapa ketika, Namun begitu kenapa tidak ada sebarang penyelesaian alternatif terhadap masalah ni. Saya bukanlah lulusan kejuruteraan awam yang tahu tentang alternatif lain, tetapi latar belakang saya sebagai lulusan kejuruteraan walaupun dalam kejuruteraan kimia saya boleh memberikan sedikit cadangan.

Antara cadangan yang boleh difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
1. Membina laluan baru di mana tapak yang lebih stabil
2. Membina dua laluan untuk setiap arah dan di pisahkan oleh divider khusus untuk jalan-jalan yang mudah rosak. Ini akan mengurangkan aliran trafik untuk setiap arah dan seterusnya mengurangkan kadar kerosakan jalan.
3. Jalankan maintainance untuk jalan2 ini sekerap yang mungkin.

Di manakah tanggungjawab jurutera daerah khususnya di Kota Marudu. Ada ka masalah ini pernah di timbulkan di meja perundingan atau sekadar mainan atau janji politik. Perlu diingat bahawa jangan sampai terhantuk kepala baru rasa sakit, pengguna jalan ini terdedah kepada risiko kemalangan khususnya di beberapa bahagian jalan yang telah runtuh... Sedar la PBT, Jalan boleh dibaiki, Nyawa tidak di kompromi....

Simptom Influenza A (H1N1)

Simptom Influenza A (H1N1)
ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan
Laman Web Pusat Maklumat Rakyat

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?