Monday, December 6, 2010

BN convention 2010



Konvensyen Barisan Nasional yang berlangsung pada 4-5 Disember 2010 merupakan konvenyen politik pertama yang saya hadiri seumur hidup saya. Saya didaftarkan diatas nama perwakilan UPKO dalam konvensyen ini walaupun saya tidak memegang apa-apa jawatan tertinggi dalam parti. Ucapan terima kasih saya terhadap brother saya Nosius Luaran yang telah mendaftarkan saya sebagai perwakilan namun beliau sendiri tidak dapat menghadirkan diri dalam konvensyen tersebut disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Konvensyen yang di adakan di Dewan San Long, Wisma MCA Jalan Ampang yang jauhnya hanyalah kira-kira 300 meter daripada menara kebangggan kita iaitu Menara KLCC telah dihadiri oleh kira-kira lebih kurang 2300 perwakilan, sumber ini saya perolehi daripada ucapan pengerusi konyensen ketika itu iaitu Tengku Adnan Tengku Mansur.
Walaupun duduk di barisan belakang dewan, saya dapat melihat dengan jelas barisan kepimpinan Barisan Nasional yang duduk di hadapan pentas. Ini termasuklah Perdana Menteri iaitu merangkap pengerusi barisan nasional yang juga presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri merangkap timbalan pengerusi Barisan Nasional dan 12 orang presiden parti komponen BN. Di belakang barisan depan ini duduknya 38 orang individu yang mewakili setiap parti. Iaitu setiap parti diwakili oleh 2 orang pemimpin. 2 orang individu lagi adalah Ketua Wanita UMNO (Datuk Sharizat) dan Ketua Pemuda (Datuk Khairy Jamaluddin)

Selepas Pengerusi Barisan Nasional menyampaikan ucaptama, presiden setiap 13 parti komponen akan berucap bersilih ganti untuk membahaskan tema/tajuk yang diberikan. Sebagai warga Sabah, dulu, kini dan selamanya saya lebih berfokus kepada ucapan daripada presiden parti komponen di Sabah iaitu V.K Liew (LDP), Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (PBS), Datuk Seri Panglima Bernad Dompok (UPKO), Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS) dan sekiranya SAPP masih bersama dengan BN, kelibat Datuk Yong Teck Lee akan dapat saya saksikan namun beliau telah memutuskan SAPP meninggalkan BN atas faktor yang kita sedia maklum dan saya lebih bersifat neutral atas tindakan SAPP, tidak menyokong atau tidak mengecam namun bersifat tunggu dan lihat.
Walaupun acap kali saya menyatakan bahawa pemimpin veteran khususnya parti-parti KDM ini memberikan laluan kepada pemimpin muda, jauh dilubuk hati saya, saya bangga kerana mereka dapat menyatakan dengan jelas dalam ucapan mereka tentang keperluan rakyat Sabah khususnya. Dan saya berharap mereka dapat memberikan peluang kepada pemimpin muda dalam PRU ke-13. For the time being, they get my support but either they can lose my support if the party itself don’t change. Saya ingin nyatakan bahawa pemimpin veteran ini masih boleh menyumbang walaupun bukan sebagai ahli parlimen, ADUN ataupun presiden. Seperti yang saya selalu katakan, saya amat menghormati parti-parti cina di Malaysia, mereka memberi peluang kepada pemimpin muda untuk berkembang, menerajui parti dan member nafas baru kepada parti yang seterunya menjadikan parti relevan dengan keadaan semasa.
Saya tidak segan silu ingin menyatakan bahawa di kawasan parlimen saya sendiri iaitu Tuaran, Datuk Wifred Madius Tangau perlu dikekalkan sebagai calon pada PRU-12 namun kepimpinan telah mencalonkan Datuk Wilfred Bumburing. Ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri tanpa mewakili mana-mana parti atau kepertubuhan. Saya melihat Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai nafas baru dalam kepimpinan UPKO. Beliau harus diberi peluang untuk terus berkembang sebagai ikon muda KDM yang boleh dibanggakan. Datuk Seri Wilfred Bumburing telah berkhidmat dalam era 80-an dan 90-an sewaktu kegemilangan kerajaan PBS dan saya rasa cukuplah. Enough is enough. Saya berharap tidak ada sesiap yang tersinggung atas kenyataan ini kerana ini merupakan luahan hati saya sendiri sebagai anak jati Tuaran.

Berbalik kepada konvensyen BN, ia merupakan platform yang cukup kondusif untuk merapatkan barisan kepimpinan yang sedia ada. Saya amat tertarik kepada ucapan penutup Datuk Seri Koh Tsu Koon dan Datuk Khairy Jamalludin yang menyelitkan bahasa2 etnik utama di Malaysia termasuk la bahasa iban dan Dusun. Hala tuju BN juga di tekankan oleh PM dan hampir kesemua presiden parti berikar akan mempertahankan Putrajaya pada PRU-13.

Apa yang mencuit hati saya ialah ucapan daripada Datuk Shahrizat, some sort of like this
“ Ketika kita tercari-cari formula untuk menang dalam pilihanraya, saya mempunyai satu formula yang amat mudah. Just take care of the woman…. Kerana 63% daripada pengundio adalah kaum wanita….
Bila difikirkan semula, memang ada kebenarannya….

Merry Christmas and Happy New year to all my friends

Dr. Johan @ Eddy Luaran

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?