Thursday, October 28, 2010

Penamat untuk suatu permulaan

Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa saya, Luaran Ansapi dan Anoh @ mairin Dansi, Big brothers saya Handry, Hampry, Nosius dan kakak saya Airin (sekarang ini sedang berdepan dengan dugaan hidup.. harap kuatkan semangat dan cepat sembuh), semua kakak ipar, sepupu-sepupu, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan sekerja sewaktu di SMK Pinawantai dan sekarang ini di Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam dan semua kenalan yang memberi semangat kepada saya untuk menamatkan satu perjuangan yang tidak pernah saya impikan dalam seumur hidup saya, iaitu menamatkan pengajian PhD saya.








Detik konvokesyen pada 9 Oktober 2010 yang lepas mengimbau banyak kenangan sewaktu saya mula-mula mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian keperingkat PhD. Sewaktu itu, saya telah pun berkhidmat sebagai seorang guru dan boleh dikatakan saya telah mempunyai kerjaya yang tetap dan boleh menikmati kehidupan seadanya. Saya mungkin boleh berkhidmat sehingga menjadi seorang pengetua ketika itu. Namun semangat untuk terus melanjutkan pelajaran membakar semangat saya sehingga sanggup meninggalkan profession perguruan.
Seorang rakan bertanya kepada saya, apa yang yang saya fikirkan sewaktu nama di umumkan sebagai penerima ijazah doktor falsafah dan profil kajian dibacakan oleh dekan pusat pengajian pasca siswazah. Peliknya ketika itu, fikiran saya melayang kembali ketika sewaktu kecil sewaktu di rotan oleh ibu saya disebabkan kenakalan dan kedegilan saya. Saya tersenyum sendiri selepas itu kerana ibu bapa saya berada dalam dewan menghadiri konvokesyen anak mereka cukup nakal suatu ketika dulu.

Terlalu banyak ingin di ungkapkan tetapi tidak dapat diluahkan 

Ucapan terima kasih lagi kepada semua sekali lagi.

3 comments:

  1. Your fren say this:
    salute ur spirit..until the end u got what u want..at the age of 30..ur dream come true..

    ReplyDelete
  2. So proud of you Dr.. Dr dapat genggam Phd pada usia yg muda, di Universiti tanah kelahiran Dr sendiri.. I hope I can follow your inspiration.. God bless you..

    ReplyDelete

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?