Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia



Menyaksikan sambutan Hari Malaysia melalui kaca televisyen pada pagi ini cukup memberi makna kepada saya. Namun ia tidak bermakna sambutan sebelum ini tidak memberi makna kepada saya Cuma, kali ini cukup signifikan kerana ia disambut pada 16 September iaitu tarikh sebenarnya pembentukan Malaysia.
Saya seringkali bertanya kepada diri sendiri, manakah yang lebih signifikan hari kemerdekaan di mana Malaya ketika itu diberi autonomi oleh kerajaan British ataupun hari sebenarnya Persekutuan Malaysia dibentuk dimana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Jika dilihat daripada sudut sejarah, persekutuan Malaysia dengan peryertaan sabah dan Sarawak tidak akan dapat dibentuk tanpa kemerdekaan yang capai pada 31 Ogos 1957. Dan jika di kupas lebih mendalam, Sabah dan Sarawak sebenarnya menyumbang kepada Malaysia hari ini. Saya berhenti berfikir sejenak dan saya melihat persoalan ini adalah hampir sama dengan persoalan seperti, mana yang dulu “ayam atau telur”? saya tidak akan memperoleh jawapan kukuh untuk soalan ini. Oleh itu saya meyakinkan diri sendiri, elakkan bersikap skeptical, buka minda, tarikh hanya la angka, yang lebih penting kita hargai apa yang kita miliki dan kekalkannya untuk generasi akan datang.
Saya secara peribadi amat berbangga menjadi rakyat Malaysia, saya merupakan antara rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan sepenuhnya di Malaysia daripada Darjah 1 hinggalah ke peringkat PhD. Tidak pernah pun dalam proses pendidikan saya, saya jalankannya di luar Negara. Saya masih teringat tatkala mula mengikuti program Sarjana di UTM pada akhir tahun 2003. Pensyarah kerap kali menggalakkan pelajar mengikuti pengajian PhD di Luar Negara. Namun peluang tidak memihak kepada saya apabila Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM yang ditawarkan kepada saya hanya dalam Negara. Sewaktu memilih tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD saya telah ditawarkan di tiga tempat di IPTA iaitu di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah. Saya mengambil keputusan untuk memilih UMS dan berkat sokongan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyelia saya Prof. Dr. Zulkifli Mohamed saya dapat menamatkan pengajian. Isu yang ingin saya ketengahkan disini adalah komitmen serta daya usaha berterusan merupakan aspek penting dalam menuju sesuatu matlamat. Kata pepatah bahasa inggeris, It may take years, but it’s begin with a single step….. Bersama la kita membina Malaysia yang lebih progresif, ketepikan ideologi politik dan kita membina generasi yang lebih berwibawa. SELAMAT HARI MALAYSIA.

1 comment:

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?