Saturday, May 8, 2010

Perjuangan yang tidak pernah selesai

Mungkin tidak terlalu berat untuk kita berfikir sejenak tentang sumbangan pemimpin terdahulu Negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan bagi sesiapa yang mengenal rapat negarawan-negarawan ini dan pernah berkerja sama mungkin terlalu banyak yang beliau boleh perkatakan daripada segi sumbangan kepada rakyat Malaysia secara umumnya.
Saya merupakan generasi yang lahir pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan saya secara peribadi cukup mengagumi pencapaian beliau dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju, daripada sebuah Negara yang pendapatan berasaskan pertanian kepada Negara yang melibatkan eksport import, hub perniagaan kepada Negara barat di Asia, menyediakan tenaga kerja, dan banyak lagi.
Jika pencapaian beliau di nilai daripada sumbangan saya berpendapat, jasa beliau kepada Malaysia adalah amat signifikan ini termasuklah infrastruktur yang menyumbang kepada kelicinan pentadbiran dan sektor pengangkutan di Malaysia.
Jilka saya nyatakan secara ringkas;
1. Komuter KTM
2. LRT
3. KLIA
4. PutraJaya
5. KLCC
6. PETRONAS melebarkan carigali sehingga ke Negara Timur Tengah dan Asia Barat
7. PROTON
8. MODENAS
9. PERODUA
Ini adalah antara sumbangan signifikan Tun yang terlintas dalam minda saya kurang daripada 15 saat. Ini menunjukkan bahawa saya tidak memerlukan masa yang panjang untuk menilai kemajuan yang di bawa oleh Tun kepada Negara Malaysia. Tetapi saya akui, seperti kata pepatah Inggeris “Everything comes with a prices’ . Billon ringgit telah dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur ini, tetapi jika difikirkan kembali, bayangkan Malaysia pada hari ini jika tanpa semua sumbangan Tun yang saya nyatakan diatas!

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?