Saya telah berpeluang berkunjung ke Melaka pada 24-26 september yang lepas atas kapasiti mengiring pelajar untuk program Menjejak Bumi Menggapai Bintang yang ditujukan khas untuk pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik yang telah di adakan di kem biro tatanegara, Hutan Perca di Alor Gajah. Perjalanan keseluruhan kem cukup terkawal dan pengisian program adalah tersusun kerana program ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator-fasilitator kem berkenaan.
Semasa mengiring pelajar ke kem tersebut, saya dengan beberapa pegawai pengiring lain yang semuanya terdiri daripada pensyarah UiTM telah berkesempatan berkunjung ke Bandar Melaka. Kali terakhir saya berkunjung ke Melaka adalah pada tahun 2000 iaitu sewaktu saya masih lagi menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu kunjungan lawatan sambil belajar ke Loji Penapisan Petronas Sungai Udang.
Mengikut sejarah, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura merupakan gugusan negeri-negeri selat. Iaitu negeri-negeri yang dibawah kekuasaan perusahaan Hindia Timur Inggeris ketika itu walaupun kini Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Terdapat beberapa persamaan antara negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan atau Raja tetapi Yang dipertua negeri dan pentadbiran negeri di ketuai oleh Ketua Menteri.
Kunjungan ke Bandar Melaka membuka mata dan minda saya, negeri yang kecil tetapi mempu menarik ramai pelancong. Pembangunan negeri yang begitu tersusun, dan lokasi tarikan pelancong yang berdekatan antara satu dengan yang lain adalah salah satu keistemewaan kota Melaka. Antara lokasi tarikan pelancong yang saya sempat lawati adalah Water River Cruise, menaiki bot selama 45 minit yang membawa pengunjung menikmati pemandangan Bandar Melaka dari perspektif sungai. Lokasi lain adalah seperti A famosa, Taming Sari, Eye of Malaysia.
Kunjungan singkat tersebut cukup untuk membuatkan saya ingin kembali semula ke Melaka. Tidak hairan la kerana menurut seorang pengunjung, Bandar Melaka merupakan pilihan pengunjung dari Singapura dan Kuala Lumpur. Kepimpinan Negeri Melaka amat terserlah dengan program pembangunan di Negeri Melaka.
Jika saya seorang yang boleh bersuara dalam Kabinet Negeri Sabah, saya akan mencadangkan Lawatan Ke Bandar Melaka untuk melihat sendiri macamana negeri kecil seperti Melaka mampu menjadikan sektor pelancongan berkembang pesat dan menjadi penyumbang penting dalam poket kerajaan negeri Melaka. Syabas Negeri Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam.
No comments:
Post a Comment