1. Beberapa rakan setugas saya dahulu pernah menyatakan bahawa, 31 ogos tidak menggambarkan dengan jelas kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, malah menekankan bahawa 16 september adalah tarikh yang lebih signifikan kerana ia adalah tarikh sebenar pembentukan Negara Malaysia
2. Namun begitu, saya berpendapat 31 Mei adalah tarikh yang lebih signifikan khususnya untuk Sarawak dan Sabah kerana ini adalah hari yang telah dapat memberikan identiti sebenar kepada penduduk kedua-dua negeri ini kerana Hari Gawai dan Pesta Kaamatan di sambut serentak.
3. Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa kedua-dua perayaan ini sebenarnya adalah serupa. Hari Gawai juga sebenarnya adalah perayaan yang diraikan selepas tamatnya musim menuai padi. Cuma bezanya adalah kaum yang meraikannya, serta cerita disebaliknya… Pesta kaamatan di sabah di raikan oleh masyarakat KDM dan terselit lagenda huminodum (Ratu Unduk Ngadau) yang berkorban untuk tunaian padi yang lebih baik selepas kemarau panjang suatu ketika dahulu….. Tetapi Hari Gawai di sambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh, namun begitu saya tidak pasti sama ada wujud lagenda di sebalik perayaan ini…
4. Bagi masyarakat setempat khususnya di Tuaran, pesta kaamatan disambut dengan meriah, tanpa mengira agama atau kaum. Ini jelas ditunjukkan oleh kehadiran penduduk setempat setiap kali pesta kaamatan di adakan samaada di Dewan Tun Fuad Tamparuli atau Dewan Bersatu Tuaran.
5. Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke muzium Sabah di Kota kinabalu, terdapat satu ruangan yang menunjukkan sejarah kaamatan di sabah, dan anda akan dapat melihat rekod menunjukkan bahawa beberapa Ratu Unduk Ngadau peringkat negeri adalah wakil daripada Daerah Tuaran. Dan jika saya tidak tersilap, pencapaian daerah Tuaran adalah seimbang dengan daerah Penampang. Pencapaian terkini yang cukup membanggakan adalah Jo-anna Sue Rampas yang juga adalah wakil Unduk Ngadau Tuaran dan juga Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri pada tahun 2007 yang amat berbakat dan bakal berentap dalam final Bintang RTM 2009.
6. Pesta kaamatan juga telah dapat menunjukkan kepada dunia amya, budaya hidup masyarakat kita, rumah kebudayaan seperti yang dibina di halaman Dewan KDCA di Penampang.
7. Sejajar dengan tema pesta kaamatan 2009,
"BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK"
"TOGETHER WE MOULD A BETTER FUTURE"
"MIISO MOMORUN DO SUAB DI LOBI KOMOGOTON"
Mari la kita membina masa depan yang lebih baik untuk generasi baru, bersama-sama kita pastikan generasi baru mendapat pendidikan yang berkualiti, diberi peluang untuk menimba ilmu setinggi mungkin kerana pada saya, ilmu adalah kunci kepada suatu kehidupan yang lebih baik. Seperti kata pepatah Cina, “Jika anda memberi anak anda ikan, dia akan dapat makan untuk hari itu, tetapi jika anda mengajarnya menangkap ikan, dia akan dapat makan untuk selama-lamanya”… fikir-fikirkan la…..
ehemmm...untuk gawai di sarawak, bukan unduk ngadau tp di panggil KUMANG..
ReplyDeleteya ka.. thanks for the info
ReplyDelete