Thursday, November 12, 2009

Thaksin: Hero di Negara Jiran

“Bayangkan la anda tinggal berjiran, salah seorang daripada ahli keluarga anda membuat kesilapan dan perlu bertanggungjawab atas kesilapan tersebut, namun begitu ia enggan bertanggungjawab malah melarikan diri daripada rumah anda dan tinggal di tempat lain. Anda kemudian mengetahui jiran anda telah menjemputnya ke rumah mereka. Anda kemudian memberitahu jiran anda bahawa anda mahukan ahli keluarga anda itu untuk bertanggungjawab atas kesalahannya. Permintaan anda tidak diendahkan malah memberikan kedudukan yang lebih istimewa kepadanya.”

Itulah analoginya yang saya dapat rungkaikan dalam tindakan Hun Sen melantik Thaksin sebagai penasihat ekonomi KEMBOJA. Permohonan pihak Thailand untuk mengekstradisi Thaksin untuk menjalankan hukuman penjara juga enggan dilayan oleh pihak Kemboja. Rentetan daripada ini, beberapa perbincangan serta MoU dengan Kemboja dibatalkan serta-merta oleh pihak Thailand.

Ironinya, saya tidak terbaca pun artikel yang menyatakan bahawa rakyat kemboja mengadakan tunjuk perasaan atas kehadiran Thaksin di negara mereka. Adakah rakyat kemboja juga senang dengan tindakan pemimpin utama negara mereka khususnya perdana menteri, Hun Sen?

No comments:

Post a Comment

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?