Saturday, July 11, 2009

Kudat: Dulu dan Sekarang

Saya telah berkesempatan ke kudat beberapa minggu untuk menyelia 10 orang pelajar praktikum UMS di 5 buah sekolah menengah di daerah Kudat iaitu, SMK Teknik (3 org), SMK Kudat (2 orang), SMK Kudat II (1 org), SMK Lok Yuk (3 org) dan SMK Abdul Rahim II (1 org). Saya sebenarnya teruja untuk berkunjung ke kudat kerana sudah hampir 3 tahun saya tidak ke Kudat iaitu setelah saya melanjutkan pelajaran d UMS.Apa yang menakjubkan saya, kudat adalah antara daerah di Sabah yang mempunyai begitu banyak sekolah menengah... berbanding mana2 mana daerah di Sabah.... Bayangkan 10 buah sekolah menengah... belum termasuk Sek Swasta, Pei Tsin menjadikan keseluruhannya 11. Saya kemudian teringat, di manakah suda janji kerajaan untuk membina sekolah menengah di Pekan Nabalu????? Janji tinggal Janji

Apa yang jelas saya perhatikan, beberapa kerosakan jalanraya yang saya nampak sewaktu 6 tahun lepas masih belum di baiki, khususnya di ulu kukut serta d kampung Mangaris. Saya tertanya kepada diri saya sendiri, mengapa jalan utama ke kudat, kota marudu, pitas ini tidak di ambil perhatian sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Mengapa tidak ada tindakan selepas masalah ini telah berlarutan lebih 6 tahun. Beberapa pihak menyatakan bahawa jalan-jalan tersebut sememangnya tidak boleh dibaiki kerana terdapat pergerakan bawah tanah yang akan menyebabkan jalan tersebut rosak selepas beberapa ketika, Namun begitu kenapa tidak ada sebarang penyelesaian alternatif terhadap masalah ni. Saya bukanlah lulusan kejuruteraan awam yang tahu tentang alternatif lain, tetapi latar belakang saya sebagai lulusan kejuruteraan walaupun dalam kejuruteraan kimia saya boleh memberikan sedikit cadangan.

Antara cadangan yang boleh difikirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
1. Membina laluan baru di mana tapak yang lebih stabil
2. Membina dua laluan untuk setiap arah dan di pisahkan oleh divider khusus untuk jalan-jalan yang mudah rosak. Ini akan mengurangkan aliran trafik untuk setiap arah dan seterusnya mengurangkan kadar kerosakan jalan.
3. Jalankan maintainance untuk jalan2 ini sekerap yang mungkin.

Di manakah tanggungjawab jurutera daerah khususnya di Kota Marudu. Ada ka masalah ini pernah di timbulkan di meja perundingan atau sekadar mainan atau janji politik. Perlu diingat bahawa jangan sampai terhantuk kepala baru rasa sakit, pengguna jalan ini terdedah kepada risiko kemalangan khususnya di beberapa bahagian jalan yang telah runtuh... Sedar la PBT, Jalan boleh dibaiki, Nyawa tidak di kompromi....

4 comments:

  1. i like this one....yes,we need to voice out!! keep it up Johan

    ReplyDelete
  2. Punya ramai orang Sabah berkelulusan Civil Engineering.....alasan apa JKR x dpt bikin jalan....ramai graduan Sabah x dibagi peluang untuk duduk jawatan2 tinggi dlm JKR...semua jalan bole diturap kalo otak kita digunakan sebaik-baiknya....pemimpin Sabah hanya tau cakap "Yes Bos" saja sama org semenanjung...

    ReplyDelete
  3. duarang tu makan rasuah ja bah tu...

    ReplyDelete
  4. kuasa VETO orang semenanjung telah menjadikan negeri kita TERTINDAs...betul atau tidak kita sendiri yang merasa padahal orang2 yang duduk di KERUSI PARTI POLITIK KERAJAAN tidak menyedari...Saya tidak membenci ORANG SEMENANJUNG tapi saya BENCI orang SABAH yang TIDAK SEDAR DIRI, sudahlah DITINDAS oleh ORANG SEMENANJUNG, masih lagi mengampu bah...i agree with U Dr. Johan!!

    ReplyDelete

Adakah pemimpin muda KDM dalam PBS, UPKO dan PBRS berpeluang menjadi calon dalam PRU-13?