My inspiration keeps me this far...Having all the supportive people around me, I could not ask for more.. Thanks God.
Monday, April 11, 2011
Sarawak & Taib Mahmud
Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dari sudut sejarah. Kedua-duanya menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 september 1969 dan mula berkembang maju sejak itu. Tidak seperti Sabah, tidak banyak perubahan kepimpinan politik yang dialami oleh Sarawak. Malah sepanjang pilihanraya umum Sarawak, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Patinggi Taib Mahmud menang dengan margin yang amat selesa. Malah Datuk Patinggi Taib Mahmud telah menjadi ketua menteri Sarawak sejak 1981. Bayangkan! Tempoh yang agak lama dan apabila membaca laman web Malaysiakini pagi ini, beliau membayangkan akan memegang jawatan ini untuk beberapa tahun lagi. Persoalannya sekarang adalah berapa lama lagi? Adalah tempoh selama 20 tahun menjadi ketua menteri Sarawak tidak mencukupi untuk melakukan perubahan atau apa juga perancangan yang beliau inginkan. Saya amat bertentangan dengan prinsip seperti ini. Seperti yang saya luahkan dalam posting sebelum ini, saya amat mengagumi masyarakat cina kerana sentiasa memberi peluang kepada masyarakat muda untuk kedepan. Saya amat berharap pengundi dun balingian membuat pilihan yang tepat, jika PM dan kerajaan persekutuan tidak dapat menyingkirkan beliau. Anda boleh! Cukup la kekayaan yang beliau kumpul selama ini. Undi di tangan anda!
Subscribe to:
Posts (Atom)